Friday 27 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DARI KAMI WARGA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG




Ramadhan adalah bulan yang penuh berkah, dimana di bulan suci ini diturunkannya Kitab suci Al-Qur’an yang merupakan petunjuk bagi manusia. Juga bulan dimana terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadar) dan melakukan serangkaian aktiviti solat tarawih, memperbanyak membaca Al-Qur'an kemudian mengakhirinya 
dengan membayar Zakat Fitrah dan perayaan Aidil Fitri.



Wednesday 25 July 2012

LAPORAN STATUS PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT BTPN & PKG PULAU PINANG BAGI TAHUN 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Penyelengaraan Peralatan ICT BTPN dan PKG Negeri Pulau Pinang 2012 sedang dilakukan oleh pihak Topbit System Sdn. Bhd. dan akan memulakan kerja-kerja bermula 23.07.2012. Sehubungan itu, pihak Unit Perkhidmatan ICT, BTPN memohon agar pihak tuan/puan dapat menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan ICT di BTPN dan PKG Pulau Pinang.

PENEMPATAN PERALATAN HOSTING EDUWEB TV DI BILIK SERVER BTPN PULAU PINANG

Pada 27 sehingga 29 Jun 2012. Juruteknik Komputer BTPN dan PKG Pulau Pinang bersama Pegawai dari BTP telah mengeluarkan peralatan hosting aplikasi EDUWEBTV dari TM Komtar dan di pasang semula di bilik server BTPN Pulau Pinang.